EkonomiNasional

AIM beri latihan pemasaran digital, online

AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) akan menganjurkan lima lagi Bengkel Keusahawanan Sahabat AIM 2020 di serata negara bagi memberi pendedahan mengenai teknik pemasaran secara digital atau dalam talian.

Bengkel di Johor, Kelantan, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak itu menyasarkan aspek pemasaran produk perniagaan ke pasaran lebih luas selain menjadi langkah proaktif membantu ribuan Sahabat AIM memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat COVID-19.

Pengarah Urusan AIM Mohamed Shamir Abdul Aziz berkata penularan wabak COVID-19 menyaksikan peralihan trend pengguna, sekali gus mendorong ahli perniagaan meneroka strategi baharu pemasaran iaitu e-dagang atau dalam talian berbanding secara konvensional.

“Ia bertumpukan 80 peratus aspek pratikal dan bakinya teori ini dijangka akan memberi manfaat dalam memahami perubahan landskap keusahawanan di Malaysia dan bagaimana usahawan boleh bersedia menghadapi perubahan ini,” katanya dalam satu kenyataan bersempena penganjuran bengkel kedua di Bera, Pahang, pada Sabtu lepas.

Program itu telah dirasmikan oleh Menteri Kanan Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Seramai 200 Sahabat AIM di Bera yang merupakan usahawan kecil pelbagai industri dan terkesan akibat pandemik COVID-19 telah menyertai bengkel tersebut.

Bengkel pertama yang turut disertai 200 Sahabata AIM, telah diadakan di Nabawan, Sabah, pada 27 Jun lepas. – BERNAMA

(Visited 552 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button