Politik

Imej UMNO perlu dijaga hadapi PRU-15 – Mohd. Fuad Tukirin

Sikap keterbukaan pemimpin UMNO dalam menangani isu serta permasalahan dalaman dilihat satu perkembangan positif dalam memperbaiki imej parti khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mohd. Fuad Tukirin berkata, segala fitnah serta tomahan perlu dihentikan segera sebaliknya perlu merapatkan ukhuwah dalam menjamin kesepakatan semua pemimpin.dalam parti.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, kesepakatan dalam kalangan pemimpin mampu menjadi contoh serta ikutkan serta menjadi ikhtibar ahli di peringkat akar umbi.

“Sudah tiba masanya untuk pemimpin UMNO memperbaiki segala kelemahan mahupun kekurangan serta sedia duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dan kesepakatan dalam menangani segala isu berbangkit.

“Ini akan menutup setiap ruang atau peluang untuk pembangkang yang cuba menangguk di air keroh dalam mencari kelemahan kita.

“Kita perlu memberikan tumpuan serta perhatian dalam memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat dalam usaha membantu mereka dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Imika Empire Syarikat IT bumiputera yang telah beroperasi sejak 2010 dan mempunyai cawangan di seluruh negara dengan pembukaan cawangan ke-14 di Muar, Johor, baru-baru ini.

Imika Empire merupakan kedai Laptop Premium Refurbished dengan mensasarkan kemudahan harga patut bagi membantu pengguna yang memerlukan laptop mengikut bajet di samping menyediakan perkhidmatan baikpulih serta menaiktaraf laptop mengikut keperluan pelanggan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Imika Empire Sdn Bhd, Datuk Abdul Rahim Tahir.

Pada majlis tersebut juga beliau turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut Mohd. Fuad berkata, ahli UMNO juga harus memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berusaha untuk membantu rakyat mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Bakri menegaskan pada masa yang sama ahli parti perlu menyokong Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO untuk memperkukuhkan perjuangan parti khususnya menghadapi PRU-15 nanti.

Menurutnya, beliau berharap komitmen semua pihak amat penting bagi memastikan suasana politik yang lebih kukuh dan stabil serta dapat menguatkan parti bagi menghadapi PRU-15 nanti. – SM

(Visited 557 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button