NasionalNegeri

MRCB perlu utamakan peluang pekerjaan kepada rakyat Perlis – Pemangku Raja

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) memberikan keutamaan kepada rakyat Perlis bagi mengisi peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan nanti.

Baginda bertitah, ini kerana kejayaan projek ini secara tidak langsung akan memberi impak positif kepada ekonomi negeri dan rakyat Perlis.

Titah Baginda, dari aspek peningkatan taraf hidup dan peningkatan pendapatan rakyat, projek ini dilihat akan dapat membantu rakyat negeri ini.

“Diharapkan pihak MRCB akan terus memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan pembangunan projek ini dapat disiapkan seperti dirancang kerana ia menjadi pemangkin kepada pelaburan lain ke CVIA,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Fasiliti Pengeluaran Kilang Elektronik MRCB di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), petang semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Naib Eksekutif Presiden MRCB, Datuk Ishak Mohamad dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan.

MRCB telah menandatangani Perjanjian Pembangunan bersama Kerajaan Negeri Perlis pada 6 Oktober tahun lalu di mana akan membangunkan fasiliti pengeluaran kilang elektronik di atas empat plot CVIA secara berfasa.

Projek ini akan bermula pada Julai 2023.

Ia dijangka akan memperuntukkan masa setahun untuk siap dengan anggaran peluang pekerjaan yang akan diwujudkan sebanyak 150 peluang pekerjaan. – SM

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button