Nasionalpilihan

Hasan minta seluruh ahli Alumni 4B di Melaka sertai Himpunan 1 Juta Pembela Palestin

Seluruh ahli Pertubuhan Alumni 4B di Melaka diminta untuk hadir beramai-ramai pada Himpunan 1 Juta Pembela Palestin peringkat negeri yang akan diadakan di perkarangan Stadium Hang Jebat, esok (Ahad).

Hasan Rahman.

Naib Presidennya, Datuk Hasan Rahman berkata, beliau juga turut menyeru bekas ahli pertubuhan itu untuk turut serta pada himpunan yang akan bermula pukul 8.00 hingga 11.00 pagi.

“Kehadiran semua ahli Alumni ini amat penting untuk kita menyatakan sokongan terhadap penduduk Palestin yang kini diserang habis-habisan oleh rejim Zionis.

“Marilah kita bersama-sama rakyat Melaka yang lain termasuk 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kita berhimpun beramai-ramai bagi menyokong Palestin dan mengecam kekejaman rejim Zionis,” ujarnya hari ini.

Hasan yang juga Pengerusi Pertubuhan Alumni 4B Melaka berkata, beliau yakin penyertaan sebanyak 10,000 peserta dalam kalangan pelbagai bangsa dan agama esok dijangka mencapai sasaran.

Katanya, himpunan serentak diadakan di seluruh negara itu harus mendapat penyertaan daripada selurun umat Islam di negeri ini. – SM

 

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button