Luar Negara

Imam meninggal dunia ketika baca khutbah Aidilfitri

Seorang penceramah di Nagari Magek, Kabupaten Agam, Sumatera Barat, meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah Aidilfitri hari ini.

”Beliau terjatuh ketika menyampaikan khutbah solat Aidilfitri, tepatnya ketika berdoa khutbah kedua di Masjid Istiqamah Magek,” kata Wali Jorong Kampuang Bawah, Nagari Magek, Kecamatan Kamang Magek, Joh Har seperti  lapor Antara di Kabupaten Agam.

Menurut dia, Ustaz Marnis Bahrum yang berusia sekitar 70 tahun itu tersandar ke mimbar dan tiba-tiba berhenti berkhutbah.

Para jemaah telah memapah ustaz berkenaan dan dibawakn ke rumah hospital berdekatan.

”Masya-Allah, semoga beliau khusnul khatimah. Sepertinya, ustaz sudah meninggal dunia di dalam masjid ini ketika beliau terjatuh dari khutbahnya,” ujar Joh Har.

Dia menambahkan, isi pengajian Ustaz Marnis Bahrum begitu menyentuh dan disampaikan dengan rapi. Tidak ada tanda-tanda ustaz sedang mengalami sakit sebelum berceramah.

”Saya sempat berjenaka dan berbicara ringan dengan beliau sebelum menaiki mimbar, kebetulan saya ada di sebelah beliau duduk,” ujar Joh Har.

Ramai jemaah menangis melihatkan kejadian itu dan mereka turut beramai-ramai mengiringi jenazah ke rumah ustaz berkenaan di daerah Tilatang Kamang.

Ustaz Marnis dikenal sebagai ulama bersahaja dan aktif membantu orang ramai. Sang ustaz juga memiliki pondok tahfiz Alquran di Namuang, Koto Tangah.

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button