NasionalNegeriPendidikan

UniMAP juara “Volunteer Leadership Development Programme”

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara Volunteer Leadership Development Programme (VLDP) 2022 sempena Hari Kesukarelawanan Kebangsaan di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya baru-baru ini.

Kejayaan itu dicapai menerusi Program Tuba Towards Digitalization (2TD) yang dikelola 30 pelajar UniMAP yang diadakan di Pulau Tuba Langkawi dari 29 September 2022 sehingga 2 Oktober 2022.

Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Ts Dr Zaliman Sauli berkata, program 2TD berkenaan diberi penekanan terhadap tiga teras utama pelaksanaan yang menyentuh aspek pembangunan komuniti di Pulau Tuba.

Program Tuba Towards Digitalization (2TD) yang dikelola 30 pelajar UniMAP yang diadakan di Pulau Tuba, Langkawi.

Ujarnya, tiga teras iaitu pembelajaran, perniagaan digital dan teknologi setempat dilihat dapat membantu meningkatkan aspek penting dengan memberi pendedahan awal kepada kepentingan teknologi dan kemahiran reka bentuk di sekolah terpilih.

“Selain daripada itu, program ini juga dapat memperkenalkan sistem pemasaran digital kepada peniaga-peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS), menambahbaik sistem pencahayaan di kawasan tertumpu dengan pemasangan lampu solar serta pendedahan perisian rekabentuk grafik kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba,” katanya.

Beliau juga turut menghadiri Sambutan Hari Kesukarelawanan di KPT yang dirasmikan Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.

Hari Kesukarelawan disambut setiap tahun pada 5 Disember yang merupakan pengiktirafan peringkat antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak 1985.

VLDP anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) melibatkan semua institut pengajian tinggi di Malaysia membabitkan 17 projek yang dilaksanakan mulai bulan Januari hingga September 2022 menggunakan geran RM2,500 yang telah dimenangi pada Program VLDP 2021.

Sementara itu, tempat kedua VLDP 2022 berjaya diraih Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Projek Solar Kg. Gusi Ranau manakala tempat ketiga diraih Universiti Multimedia (MMU) dengan Projek Youth 4 Youth. – SM

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button