NasionalPolitik

Zahid tipu Agong: Tun Faisal ketuai kumpulan akar umbi UMNO buat laporan polis petang ini

SATU laporan polis telah dibuat oleh Datuk Tun Faisal Ismail Aziz di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya petang ini berhubung surat Barisan Nasional (BN) yang didakwa cuba menipu Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berhubung sokongan 30 Ahli Parlimen BN.

Ekoran itu, sekumpulan akar umbi UMNO juga akan membuat laporan polis terhadap Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan dakwaan menipu Yang Di-Pertuan Agong selepas tular surat menyokong pemimpin Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM).

Pengerusi Barisan Nasional itu didakwa menghantar surat kepada Yang Di-Pertuan Agong semalam, 22 November dengan mengatakan kesemua 30 Ahli Parlimen BN bersetuju untuk Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Wakil kumpulan tersebut, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO dalam satu mesej kepada media memberitahu satu laporan polis akan dibuat di IPD Putrajaya petang ini.

“Satu laporan polis berkaitan Surat Pengerusi BN yang didakwa cuba menipu DYMM YDPA (Agoni) akan dibuat di IPD Putrajaya pada jam 415 petang hari ini, 23 November 2022.

“Mohon jasa baik dan bantuan pihak media untuk membuat liputan,” kata kenyataan ringkas tersebut.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan Zahid cuba menipu Agong dan berkongsi salinan surat tular tersebut.

Menurut Annuar, kini tersebar surat daripada Presiden UMNO itu kepada Agong yang mendakwa mesyuarat BN pada 22 November memutuskan semua 30 MP mereka menyokong Anwar menjadi PM ke-10.

“Agong cuba ditipu sekali lagi? Sekarang tersebar surat ini di media sosial,” kata Annuar. SUMBER AGENDA DAILY – SM

 

(Visited 1,291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button