fbpx
Nasional

Imam, bilal, siak terima bantuan khas RM500

KERAJAAN akan memberikan bantuan khas one-off berjumlah RM500 kepada Imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu akan memberi manfaat kepada 70,000 individu yang terlibat.

“Selain itu, elaun guru takmir pula akan menerima kenaikan elaun daripada RM800 kepada RM900.

“Ini sebagai menghargai jasa 4,000 guru takmir sebagai penggerak komuniti di peringkat kariah,” katanya dalam Dewan Rakyat menerusi pembentangan Bajet 2021. -SM

(Visited 116 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button