Nasional

IDEAS dakwa Belanjawan 2021 ada petunjuk baik, gesa semua MP sokong

INSTITUT Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) mendakwa, Belanjawan 2021 mempunyai petunjuk kepada pemulihan ekonomi akibat pandemik Koronavirus (Covid-19).

Justeru, badan penyelidikan itu menggesa semua Ahli Parlimen memberikan sokongan untuk meluluskannya supaya pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan.

Kesan besar kepada kestabilan politik dan persediaan menghadapi krisis terpaksa ditanggung sekiranya bajet tersebut tidak mendapat sokongan pada hari pengundian dijadualkan pada 25 November ini.

Malah Ideas dilapor turut melihat Belanjawan 2021 adalah seimbang dan menyeluruh kepada rakyat mudah terjejas dan pemulihan ekonomi termasuk aktiviti perniagaan.

“Terdapat petunjuk dalam ucapan Belanjawan 2021 yang mencadangkan bagaimana kita dapat menyusun semula model ekonomi kita.

“Seperti memberi tumpuan kepada membawa masuk pelaburan langsung asing dalam sektor teknologi tinggi dan meningkatkan pelaburan mampan.

“Namun, ia kekurangan imaginasi, berdasarkan skala gangguan twin health dan kejutan ekonomi yang kita hadapi sebagai sebuah negara.”

Demikian kata Pengurus Penyelidikan Ideas, Lau Zheng Zhou seperti dilapor Bernama hari ini.

Katanya, perbahasan terhadap belanjawan oleh Ahli Parlimen tidak sepaututnya mempengaruhi kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 itu.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB), Suhaimi Ilias menyatakan kadar defisit fiskal dalam belanjawan kali ini dilihat memadai untuk berhadapan dengan Covid-19.

Malah, kerajaan juga perlu membuat pinjaman kerana pendapatan dijangka meningkiat 4.2 peratus kepada RM236.9 bilion berbanding jumlah belanjawan RM322.5 bilion.

“Justeru, momentum rangsangan fiskal adalah kekal. Seperti biasa, yang menjadi kebimbangan ialah sama ada belanjawan itu mencukupi.

“Bagi memberi ruang kepada langkah-langkah tambahan dalam masa terdekat untuk menangani impak Covid-19 jika perlu.

“Belanjawan 2021 turut mencadangkan had Dana Covid-19 dinaikkan sebanyak RM20 bilion kepada RM65 bilion daripada RM45 bilion.

“Saya difahamkan bahawa pengundian mengenai Belanjawan 2021 adalah pada 25 Nov, jadi, kita akan lihat nanti.

“Diharapkan ahli-ahli politik akan memberi keutamaan kepada rakyat dan negara berbanding politik,” jelasnya. – SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button