Nasional

ICU HQE II masih beroperasi, 198 petugas kesihatan di Sabah dijangkiti

Unit Rawatan Rapi Hospital Queen Elizabeth II akan terus beroperasi.

SEJUMLAH 579 orang kakitangan kesihatan dan perubatan KKM dari pelbagai kategori skim perkhidmatan telah dijangkiti Covid-19 sejak wabah itu bermula hingga 9 September lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, 198 orang kakitangan KKM telah dijangkiti virus tersebut bagi tempoh yang sama.

Bagi bulan ini sahaja, seramai 85 orang petugas kesihatan dijangkiti di negeri itu berbanding 66 bulan lepas.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, walaupun dua jururawat didapati positif namum Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) akan terus beroperasi.

Namun jumlah pesakit dikurangkan daripada 8 kepada 6 pesakit. Kesemua mereka telah disahkan bebas COVID-19.

“Terdapat seorang jururawat yang dikesan positif Covid-19 setelah menjalani saringan bergejala pada 6 Oktober 2020.

“Justeru saringan di tempat kerja menggunakan RTK Antigen dan juga RT-PCR telah dijalankan terhadap 92 petugas perubatan iaitu pegawai perubatan dan jururawat di Hospital Queen Elizabeth II pada 9 Oktober lalu.

“Hasil saringan mendapati seorang lagi jururawat yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks adalah positif COVID-19 manakala anggota perubatan yang lain didapati negatif kedua-dua RTK Antigen dan PCR,” kata Dr. Noor Hisham.

Jelas beliau, ketika ini 40 daripada 66 jururawat sedang dikuarantin di rumah.

Dr. Noor Hisham berkata, punca jangkitan masih dalam siasatan.

Katanya, majoriti jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan di negeri Sabah setakat ini adalah berpunca daripada komuniti dan daripada petugas kesihatan kepada petugas yang lain.

Justeru beliau menasihatkan, semua petugas kesihatan dan perubatan memakai Personal Protective Equipment (PPE) yang bersesuaian semasa menjalankan tugas dan mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) sama ada di tempat kerja ataupun semasa di dalam komuniti.

Pematuhan kepada panduan amalan klinikal dan langkah kawalan jangkitan adalah amat penting untuk pencegahan.

Ruang kerja yang sempit dan ruang pantry di tempat kerja juga perlu dipastikan sentiasa bersih bagi mengelakkan penularan di tempat kerja.

“Peperangan dengan Covid-19 ternyata bawa bersama risiko jangkitan dan terkesan kepada petugas kesihatan sekiranya kita tidak patuh kepada amalan kawalan penyakit. Pastikan kita jaga kita,” kata Dr. Noor Hisham.-SM

 

 

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button