Politik

KJ dokong Ismail Sabri sebagai PM

Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa beliau tetap menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri seperti diumumkan oleh Presiden UMNO.

Calon Parlimen Sungai Buloh itu berkata, perkara berkenaan telah jelas selepas pengumuman dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Ismail Sabri ialah “poster boy” Barisan Nasional (BN) dan perdana menteri bila komponen parti itu menang kelak.

“Naratif ini mesti diperjelaskan sekarang juga. Calon Perdana Menteri Barisan Nasional adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Satu undi untuk KJ di Sungai Buloh adalah satu undi untuk KJ di Sungai Buloh dan saya akan mendokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Calon Perdana Menteri sepertimana yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Zahid sendiri.

“No confusion there.”

Khairy Jamaluddin menjelaskan kepada media selepas penamaan calon Parlimen Sungai Buloh, P.107.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta supaya pengundi di Sungai Buloh tidak mengundi Khairy kerana dengan undian berkenaan membolehkan Zahid yang juga calon BN di Bagan Datuk menjadi Perdana Menteri.

Parlimen Sungai Buloh hari ini memperlihatkan pertembungan tujuh penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Gerakan Tanah Air (GTA) serta dua calon bebas.

Selain Khairy, Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Jusni Hashim mengumumkan, calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di P107 itu adalah Datuk R Ramanan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (PN) dan Mohd Akmal Yusoff (GTA).

Selain itu bagi calon PRM adalah Ahmad Jufliz Faiza serta dua calon Bebas iaitu Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff serta Nurhaslinda Basri (Sifulinda).

Parlimen berkenaan mempunyai 158,090 pengundi di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Paya Jaras dan Kota Damansara. – SM

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button