Hiburan

Ibu Neelofa nafi terlibat mempertikai Sultan Johor

IBU kepada usahawan dan selebriti, Neelofa iaitu Noor Kartini menafikan dirinya terlibat dengan status dimuat naik di akaun media sosialnya yang mempertikai Tuanku Sultan Johor.

Menurut Kartini, perkara tersebut berlaku atas kecuaian seorang daripada pekerjanya yang mempunyai akses kepada akaun media sosial (Instagram) miliknya.

“Individu itu merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik Instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini).

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Menurut Kartini lagi, dia turut meminta maf kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi.

Status tersebut sebelum itu tular di media sosial dan antara yang berkongsi mengenai status berkenaan ialah anak kepada Sultan Johot iaitu Tunku Idris. -SM

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button