Hiburan

Ibu kepada lelaki cium anak Nora Ariffin akhirnya tampil mohon maaf

“Saya minta maaf dari hujung kepala hingga hujung kaki kepada keluarga Nora Ariffin yang turut malu dengan apa yang berlaku”.

Itu kata-kata maaf yang dimuatnaik ibu kepada lelaki yang tular dalam video cium melibatkan anak kepada penyanyi, Nora Ariffin.

Wanita yang dikenali sebagai Maya itu juga meminta maaf kerana baru hari ini dia mempunyai kekuatan untuk tampil dan bercerita mengenai isu tersebut.

Ibu kepada lelaki yang dikenali sebagai Zuher itu berkata, sebagai seorang ibu, dia telah cuba memberi tunjuk ajar daripada pelbagai sudut termasuk agama kepada anaknya.

“Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada melakuan kesilapan dan dia juga naif serta masih seorang pelajar.

“Dia remaja yang lupa apa yang dia buat itu akan memberikan impan dan kesan yang sebesar ini,” katanya.

Dalam pada itu, wanita itu juga meminta supaya netizen menghentikan penyebaran video tersebut dan mengambil iktibar di atas apa yang berlaku.

Jelasnya, dia dan ahli keluarganya sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dan meminta orang luar supaya tidak campur tangan.

“Kepada ibu-ibu di luar sana mungkin apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua untuk lebih memberi perhatian kepada anak kita.

“Kita buat yang terbaik untuk mereka supaya perkara begini tidak berulang lagi,” ujarnya.

Sebelum ini, Nora telah mengakui yang video tular melibatkan pasangan remaja merupakan anaknya iaitu Putri Nor Dahlia.

Malah, anak sulung Nora, Mohd. Syakir Iman Johan pula pada semalam memberitahu hukuman perlu dikenakan terhadap remaja lelaki itu. -SM

(Visited 1,700 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button