Hiburan

Ibu Jue Aziz dikejarkan ke HKL kerana mild stroke

DUGAAN yang amat besar menimpa pelakon Jue Aziz apabila ibunya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi kerana serangan angin ahmar.

GAMBAR IG Jue Aziz.

Ibu Jue, Nor Asmah Mohd. Nor, 71, dikatakan jatuh tersembam ketika sedang menunaikan solat dan ekoran itu, tangan kirinya kebas serta tidak dapat mengangkatnya.

Menurut Jue kepada Gempak, kejadian pada pukul 10 malam tadi dan ketika itu, ibunya hanya mengatakan dia letih dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

“Apabila mak memberitahu tangan sebelah kirinya terasa kebas-kebas dan tidak boleh diangkat, saya dan abang terus bawa mak ke hospital,” katanya.

Beliau berkata, ibunya kini berada di wad HKL selepas doktor mengesahkan terdapat pendarahan beku di kepala yang menyebabkan mild stroke.

“Doktor mengesahkan ada darah beku di kepala mak dan tekanan darahnya juga agak tinggi. Itulah yang menyebabkan mild stroke,” jelasnya.

Jue bertanggungjawab menjaga ibunya yang sakit dan sehubungan itu, beliau terpaksa menolak tawaran berlakon yang penggambarannya bermula hari ini.

“Sepatutnya hari inilah dimulakan penggambaran tetapi apabila perkara ini terjadi, saya reda dan terpaksa menolak tawaran.

“Mungkin ini bukan rezeki saya tetapi rezeki Allah bagi untuk menjaga mak. Saya harap mak cepat sembuh dan saya tahu, mak saya seorang yang kuat semangat,” katanya. – SM

(Visited 774 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button