Nasional

KNS LPPKN Tawarkan Perkhidmatan Kesejahteraan Lelaki Di Seluruh Negara

Perkhidmatan kesejahteraan lelaki akan diperluaskan ke Klinik Nur Sejahtera (KNS) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di seluruh negara sekiranya projek rintis di KNS LPPKN Dungun, Terengganu mendapat sambutan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata perkhidmatan kesejahteraan lelaki adalah sebagai tambahan kepada fungsi utama KNS LPPKN yang lebih menjurus kepada kesihatan reproduktif wanita dan sebelum ini ia hanya disediakan di KNS LPPKN di Kuala Lumpur.

Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi fokus kepada keberhasilan projek rintis pertama peringkat negeri di KNS LPPKN Dungun itu, yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk bantuan psikososial dan pendidikan kesihatan kepada lelaki setempat.

“Hasrat untuk perluas memang ada. Bila kita laksana projek rintis ini, kita akan tengok sambutannya nanti. Insya-Allah, kalau tengok respons sambutan itu, kita akan perluaskan ke negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan cemerlang (APC) KPWKM.

Daripada 642 penerima APC, 15 daripadanya adalah orang Kurang Upaya (OKU) termasuk OKU fizikal dan penglihatan yang merupakan pegawai serta kakitangan sokongan di KPWKM dan Jabatan Kebaj|kan Masyarakat (JKM).

Rina berkata golongan lelaki juga mempunyai masalah kesinatan dan psikosoSlal sama seperti golongan wanita, namun disebabkan sifat segan, mereka malu untuk mendapatkan bantuan.

“Melalui usana sebegini (perknidmatan kesejanteraan lelakI), Kita narap dapat membantu mengurangkan masalan yang dihadapi golongan ini,” katanya.

Semalam, Rina dilaporkan berkata seramai 22,156 lelaki di negara ini mendapatkan khidmat kaunseling daripada LPPKN atas pelbagai masalah sejak 2019 hingga Jun tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, 33 peratus berkaitan masalah dengan pasangan, 20 peratus masalah kewangan, 17 peratus masalah keluarga manakala 30 peratus lagi lain-lain masalah. – BERNAMA

(Visited 354 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button