Hiburan

Ibu dari Asia perlu belajar terima anak walaupun jadi lesbian – GSC & TGV

Kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh bukan sesuatu yang harus dibanggakan kerana filem Everything Everywhere All at Once jelas memberi mesej ibu dari Asia perlu belajar terima anak walaupun sudah menjadi seorang lesbian.

Namun perkara ini gagal difahami majoriti rakyat Malaysia dan masing-masing menganggap ia sebuah kejayaan dan Michelle Yeoh berjaya menjadi contoh yang baik menerusi lakonan dalam filem berkenaan.

Lebih mengejutkan GSC dan TGV turut menayangkan semula filem berkenaan atas alasan memberi penghargaan kepada pelakon dari Malaysia yang berjaya memenangi anugerah dari Oscars.

Teringat suatu masa dahulu, filem Buzz The Lightyear pernah disekat tayangannya kerana jelas mengandungi unsur mempromosikan LGBTQ namun berbeza bagi filem Everything Everywhere All at Once?

Filem Everything Everywhere All at Once telah selamat ditayangkan semula di GSC serta TGV dan masing-masing lebih memandang keseronokan pengembaraan serta aksi pertarungan sambil mengabaikan mesej tersirat.

Sebelum ini, PU Syed pernah diselar rakyat Malaysia yang masing-masing terdiri daripada umat Islam itu sendiri dengan alasan kejayaan Michelle Yeoh perlu diraikan kerana membanggakan Malaysia.

Michelle Yeoh jelas telah membanggakan Malaysia dengan watak seorang ibu yang pasrah anak perempuannya menjalani kehidupan sebagai seorang lesbian walaupun pada awalnya, dia menolak perkara tersebut!

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button