NasionalNegeri

Remaja lelaki digalak sertai Rejimen Askar Wataniah

DARIPADA duduk melepak di tembok-tembok atau bersidai di kafe siber, lebih elok jika sertai pasukan beruniform.

Golonggan remaja lelaki di Perlis dijemput beramai-ramai menyertai Rejimen Askar Wataniah dengan membuat permohonan awal Perajurit Muda Tentera Darat Siri 196 Lelaki Tahun 2022 atas talian yang telah dibuka untuk tempoh 1 hingga 31 Julai 2022.

Para pemohon boleh mendaftar melalui pautan dalam talian seperti link berikut:

  1. Isi Permohonan: https://mims.mod.gov.my
  2. Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my
  3. Panduan Permohonan: https://army.mil.my/index.php/ms/kerjaya/iklan-pengambilan/panduanpermohonan

Mudah sahaja apabila membuat permohonan. Sediakan dokumen yang jelas untuk dimuat naik ke dalam sistem pendaftaran nanti.

Untuk memudahkan pendaftaran, lakukan dengan menggunakan komputer (PC) atau komputer riba (laptop).
Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.

Pihak pengambilan juga berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://army.mil.my.

Demikian dimaklumkan oleh Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak.

Beliau memaklumkan usai sesi taklimat persiapan penganjuran Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 33/22 bakal mengumpulkan semua Komander dari seluruh negara.

Mereka akan membincangkan hala tuju Askar Wataniah di negeri Perlis pada Oktober nanti kepada Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Komander rejimen berkenaan di Galeri DiRaja Arau.

Sementara itu, Tuanku Raja Muda yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) merakamkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa bencana ribut yang melanda Perlis semalam dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bertungkus-lumus sama ada dari pelbagai agensi, NGO atau orang perseorangan yang sentiasa prihatin membantu.

Kira-kira 102 buah rumah kediaman di sekitar Perlis telah terjejas dalam kejadian ribut yang berlaku semalam.

Tindakan lanjut iaitu penyaluran bantuan dan sumbangan sedang dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk sumbangan oleh pihak MAIPs. – SM

(Visited 893 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button