Nasional

Tak sampai 24 jam dipecat UMNO, KJ disambar TMJ bersama JDTFC

Tidak sampai 24 jam dipecat keahlian oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih popular dengan panggilan KJ disambar Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi ruangan Instastory di HRH Crown Prince of Johor, baginda (TMJ) telah memuat naik beberapa keping gambar bersama KJ dan bercakap mengenai jawatan baharu KJ.

Dalam erti kata lain, walaupun KJ hilang kepercayaan daripada MKT UMNO namun TMJ membuka peluang untuk beliau bersama-sama kelab peminat pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDTFC).

Lebih menarik, kedudukan KJ bukan sebagai orang biasa kerana beliau dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan berganding dengan Presiden JDTFC sendiri iaitu TMJ.

Daripada perkongsian Instastory TMJ itu, KJ membalasnya dengan ayat, “Satu pintu tertutup, yang lain akan terbuka. Rezeki di tangan Allah. Kepada Allah berserah”.

(Visited 745 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button