Nasional

Ibadah korban dibenarkan di Wilayah Persekutuan

Ibadah korban sempena perayaan Hari Raya Aidiladha dibenarkan di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan pada tahun ini.

Bagaimanapun proses penyembelihan binatang korban hanya dibenarkan di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterina dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang telah dilesenkan.

Proses melapah, memotong dan pembungkusan juga perlu dilaksanakan di rumah penyembelihan terbabit juga perlu mengikut penyelarasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Pejabat-Pejabat Pentabiran Zon.

Menurut Pengarah JAWI Datuk Mohd. Ajib Ismail, pengagihan daging korban perlu dibuat secara terus kepada peserta, fakir miskin berdasarkan senarai nama yang ditetapkan petugas barisan hadapan dan golongan sasaran.

Sementara itu pelaksanaan ibadah korban di kawasan lapang selain masjid dan surau turut dibenarkan melalui kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perkhidmatan Veterina, JAWI dan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Had kapasiti sembelihan korban tidak melebihi lima ekor sehari dan bilangan kehadiran termasuk petugas tidak melebihi 12 orang,” katanya.

Mohd. Ajib berkata, semua kebenaran tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Hari Raya Aidiladha dijadual berlangsung pada 20 Julai depan.-SM

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button