Nasional

Ahli Parlimen Perlu Sediakan Sumber Makanan Yang Cukup Melalui Pertanian

Manusia dijadikan sebagai khalifah di atas muka bumi untuk memakmurkan bumi antaranya adalah dengan membangunkan pertanian.

Menggunakan akal dan kudrat yang diberikan oleh Allah SWT untuk menggunakan sumber yang Allah SWT telah sediakan.

Saya pernah memberikan ucapan dalam Parlimen pada tahun 1990 dengan memperingatkan para ahli Parlimen supaya menyediakan sumber makanan yang cukup melalui pertanian.

Negara-negara maju tidak meninggalkan sektor pertanian walaupun mereka maju dengan perkilangan mereka. Malah disediakan sehingga cukup untuk negara mereka.

Jepun ketika Perang Dunia Kedua menyediakan subsidi buat petani sehingga 90% dibayar oleh kerajaan supaya petani dapat menyediakan makanan secukupnya.

Al-Quran menceritakan kisah Nabi Yusuf yang diberikan amanah untuk menjaga perbendaharaan Mesir. Baginda meramalkan akan berlaku kemarau di Mesir lalu mentadbir Mesir dengan sebaiknya dan menyediakan makanan secukupnya sepanjang tahun kemarau tersebut.

Kita mesti memperbetulkan keadaan yang berlaku dalam negara kita hari ini.

Usaha yang kita buat pada hari ini sebagai satu permulaan. Mudah-mudahan akan diikuti dengan usaha-usaha oleh pegawai serta pemimpin kita dalam menunaikan amanah yang diberi.

Kredit: Abdul Hadi Awang

 

 

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button