Belang Bertempat

Pastikan PH tidak menang, undi Perikatan Nasional

AKU rasa ramai yang mula menyesal kerana selama ini mereka menyumpah seranah pemimpin sendiri dan mendoakan kehancuran.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri selain berdepan dengan kes mahkamah, bertungkus-lumus menguruskan parti.

Menguruskan parti terbesar orang Melayu, bukan sesuatu yang mudah. Orang Melayu politiknya lain macam.

Lihat sahaja Hang Jebat, yang dianggap derhaka, dia ditikam dan dibiarkan mati menderita dek bisanya keris Taming Sari dan bukan ditamatkan riwayat dengan dipancung kepala atau sebagainya.

Zahid akhirnya berjaya memaksa para pengkhianat menunjukkan diri masing-masing.

Apabila tidak tersenarai sebagai calon bertanding masing-masing bertanding di atas parti lain dan ada yang memilih jalan sebagai calon bebas.

Jika dicula mereka seperti Shahidan Kassim dan Noh Omar serta Annuar Musa memang akan tetap menang kerana telah banyak berjasa kepada masyarakat setelah berpuluh tahun menjadi wakil rakyat.

Jika kayu ukur itu diguna sampai bila-bila pun muka baharu tidak dapat diketengahkan, kecuali bapa atau bapa mertua adalah orang besar UMNO.

Khairy Jamaludin contohnya jika tidak bapa mertuanya seorang perdana menteri, hebat bagaimana sekalipun beliau tidak dapat mendaki hirarki parti apatah lagi untuk bertanding.

Itupun laluan beliau tidak mudah dan beliau dicampak ke lubang buaya untuk berjuang ketika orang lain seperti Mohamad Hasan bergembira mengambil kerusi beliau yang empuk.

Bagi calon baharu seperti Marzuani Ardilla Ariffin di Ketereh beliau bernasib baik kerana mempunyai pemimpin yang rasional seperti Annuar.

Selepas tidak dicalonkan, Annuar memutuskan untuk memberi laluan kepada ketua puteri UMNO kawasan berkenaan dan turut membimbing dan membantu beliau berkempen.

“Selama ini, ramai yang berkorban untuk saya, setiap kali saya menjadi calon PRU. Sampai masanya saya pula berkerja untuk mereka,” kata Annuar.

Zahid sendiri kalau dipancung dengan cara demikian belum tentu dapat menerimanya dan berusaha menyembuhkan luka sendiri.

Zahid sendiri mempunyai sejarah pengkhianatan yang panjang. Beliau pernah menjadi bala tentera Anwar Ibrahim di dalam UMNO.

Beliau pernah menjalankan misi untuk menjatuhkan Dr. Mahathir Mohamad selaku presiden.

Bagaimanapun cubaan itu berjaya dihidu dan digagalkan oleh Mahathir, maka bertempiaranlah Anwar dan para penyokongnya.

Tetapi tidak Zahid, dia segera membuat pusingan U dan kembali ke dalam UMNO.

Dan kini penasihatnya terdiri daripada bala tentera yang membuat pusingan U selepas gagal menjatuhkan Mahathir.

Mungkin juga guru mereka masih lagi Anwar, walaupun berlainan kem, tetapi sering berhubung dan merancang.

Jika prestasi Barisan Nasional buruk dan Perikatan Nasional juga gagal memperolehi banyak kerusi, kemungkinan besar Zahid akan membawa BN bergabung dengan Pakatan Harapan membentuk jajaran baru.

Kemungkinan itu akan berlaku kerana melihatkan senarai calon BN terdapat ramai yang tewas puluhan ribu undi pada pilihan raya lalu masih dicalonkan, manakala mereka yang menang digugurkan atas dasar dendam politik.

Jika Pakatan Harapan memerintah kembali maka era malang orang Melayu akan kembali.

Semua kepentingan orang Melayu mahu dijarah dan dinafikan.

Kini pengundi yang perlu menentukan khususnya pengundi Melayu memastikan Perikatan Nasional menang besar kerana perjuangan mereka lebih mulus dan tulus. – SM

 

 

(Visited 635 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button