Sukan

Peminat bola sepak seluruh dunia puji kebangkitan skuad Harimau Malaya

Kebangkitan dramatik skuad Harimau Malaya bukan sahaja menarik perhatian penyokong bola sepak tempatan, malah ia turut dipuji peminat bola sepak di seluruh dunia.

Badan induk antarabangsa Fifa turut terkejut dengan kebangkitan luar biasa barisan pemain negara kendalian Kim Pan-gon ke atas Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan 4-3 berdepan Kyrgyzstan yang menghuni ranking lebih tinggi di tangga 97 dunia itu nyata jarang berlaku hingga keputusan perlawanan terbabit turut dikongsikan oleh Fifa di laman sosial mereka, ketika puluhan aksi antarabangsa lain juga sedang berlangsung ketika ini.

“Perlawanan yang menakjubkan”, kata Fifa yang berkongsi di entri Instagram (IG) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berserta beberapa keping gambar aksi itu.

Dalam perlawanan berkenaan, empat gol skuad negara diraih menerusi dua gol tandukan Dion Cools masing-masing di minit ketujuh dan 77 sebelum dua lagi hasil jaringan sendiri Khristiin Brauzman (m-71) dan Faisal Halim (m-93).

Manakala tiga gol Kyrgyzstan menerusi Zhyrgalbek Kairat (m-41), Batyrkanov Erniest (m-44) dan Merk Kai (m-57).

Hasil kemenangan itu, skuad Harimau Malaya kini menghuni tangga kedua Kumpulan D di belakang Oman yang turut melakar kemenangan 3-0 ke atas Taiwan.

Selepas ini, Malaysia akan berdepan Taiwan di tempat lawan pada Selasa ini.

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button