Luar Negara

58,000 jadi pelarian di Gaza, 218 syahid dibom Israel

ANGKA kekejaman serangan ganas regim Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza bertambah dengan 58,000 rakyat negara itu kini kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka dibom sejak keganasan bermula pada 10 Mei lalu.

Bilangan mangsa yang syahid di Gaza akibat serangan bertubi-tubi Israel daripada udara bertambah kepada 218 orang termasuk 63 kanak-kanak dan 36 wanita.

Israel melancarkan puluhan serangan udara ke atas Gaza pada hari Selasa ketika Presiden AS Joe Biden menyatakan sokongan untuk gencatan senjata antara negara haram itu dengan Gaza dalam panggilan telefon dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Isnin.

Regim zionist tersebut melakukan 60 serangan udara ke atas Khan Younis dan Rafah di selatan Gaza semalam.

Kementerian kesihatan Gaza melaporkan bahawa seorang wanita Palestin terbunuh dan lapan orang yang lain cedera dalam gelombang pengeboman terbaru ini.

Sementara itu empat orang Palestin telah terbunuh di Tebing Barat iaitu kawasan yang dijajah Israel.

Dua orang Palestin dilaporkan terbunuh semasa melakukan tunjuk perasaan di wilayah itu setelah ditembak di dada dan seorang penunjuk perasaan mati setelah ditembak di kepala oleh askar Israel.

Bulan Sabit Merah Palestin mengatakan pasukannya telah merawat lebih dari 150 orang di Jerusalem dan Tebing Barat yang dijajah, termasuk 35 dengan luka peluru hidup dan lebih dari 80 orang menderita penyedutan gas pemedih mata.

Pihak berkuasa Palestin mengatakan tentera Israel telah membunuh 24 orang Palestin di Tebing Barat sejak 10 Mei.

Sementara itu 12 orang maut di Israel termasuk dua kanak-kanak dan sekurang-kurangnya 300 orang cedera dalam serangan balas yang dilakukan oleh pasukan pejuang Palestin, Hamas.-SM

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button