Parlimen

Hukum arak dalam Injil: Nik Zawawi mohon maaf

AHLI Parlimen Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh memohon maaf terhadap ucapannya yang berkaitan dengan hukum minum arak dalam kita Injil ketika sesi Dewan Rakyat yang lalu.

Nik Muhammad Zawawi berkata, beliau hanya mahu mempertahankan kitab Injil.

“Saya mohon maaf jika ada yang terguris, saya tidak berniat begitu.

“Apa yang saya niat saya adalah hendak pertahankan kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa, tanpa ada sebarang perubahan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Nik Muhammad Zawawi menerusi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 di Dewan Rakyat dipetik berkata, tidak ada agama yang membenarkan penganutnya meminum arak.


Ahli Parlimen Pasir Puteh itu kemudian dicelah oleh Ngeh Koo Ham (PH-Beruas), yang mengatakan bahawa kenyataan itu tidak tepat dengan memberitahu bahawa agama lain membenarkan minum arak tetapi tidak memabukkan.

Nik Muhammad Zawawi bagaimanapun ketika itu, mempertahankan kenyataannya dan berkata kitab Injil ‘dipesongkan atau diubah’.

Nik Muhammad membuat permohonan maaf selepas Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memerintahkan anggota Parlimen PAS itu menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf.-SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button