Banjir

Hujan berterusan disebabkan luruan monsun, lekukan tropika

HUJAN berterusan yang dialami hampir di seluruh negara lebih 24 jam yang lalu disebabkan luruan monsun (cold surge) dan juga lekukan tropika (tropical depression).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMelaysia) berkata, hujan berterusan di lapan negeri sehingga hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, hujan berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di Pahang iaitu di Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan.

“Hujan berterusan juga peringkat jingga pula dijangkakan berlaku di Perak membabitkan kawasan di Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Kelantan, Terengganu dan Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan turut dijangkakan mengalami keadaan yang sama,” katanya ketika Berita Harian.

Ketika ini Monsun Timur Laut ijangka tamat hari ini dan keadaan cuaca dijangka beransur-ansur baik.

Semalam, beberapa kawasan dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan.

Menerusi kenyataan Pusat Ramalan Banjir dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, amaran banjir itu bermula pada 12 tengah malam tadi.

(Visited 719 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button