NegeriRencah Hidup

Hujan: Rakyat Perlis hampa gagal lihat Supermoon

RATA-rata kalangan rakyat Perlis yang menunggu-nunggu untuk melihat fenomena Supermoon hampa kali ini. Tinjauan Suara Merdeka juga mendapati cuaca mendung sudah menyelunungi bumi ini sejak pukul awal petang lagi. Tambahan pula sejak beberapa lalu telah berlaku hujan ribut di Perlis.

Pengarah Meteorologi Perlis, Mohd. Saharudi Saad berkata, telah berlaku hujan renyai di kebanyakan tempat di negeri ini semasa sedang berlaku fenomena Supermoon.

Salah seorang penduduk menunjukkan ke aras langit yang mendung sekaligus fenomena Supermoon gagal disaksikan.

Beliau berkata, malah berlaku hujan pada pukul 5 petang tadi di beberapa tempat.

“Taburan hujan sebanyak 0.1mm  telah direkod di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan 1.2mm pula di Wang Kelian, Padang Besar,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka.

Mengikut Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA), menerusi portal rasminya mengumumkan fenomena Supermoon akan berlaku berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi, yang disebut sebagai perigee, dengan jarak 357,263 kilometer (km).

Langit mendung dirakam penulis pada pukul 5.11, 13 Julai di Bintong, Perlis sekaligus fenomena Supermoon gagal dilihat.

Berikutan itu, penduduk Malaysia sekali lagi akan berpeluang menyaksikan fenomena perigee atau kedudukan bulan yang berada amat dekat dengan bumi pada pukul 5.09 petang semalam.

Bagi Nur Salwana Hashim, 25, dari Bintong tidak menafikan agak terkilan kerana tidak berpeluang menyaksikan Supermoon.

Katanya, sekalipun pada awalnya dia berharap sangat cuaca elok tetapi sejak pukul tiga lagi cuaca sudah mulai mendung.

Katanya lagi, semoga di lain masa beliau akan berpeluang menyaksi fenomena ini yang jarang berlaku sekaligus menunjukkan kekuasaan Allah sebagai pengatur isi alam ini. – SM

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button