Alam SekitarBanjirNegeri

Hujan lebat: Air melimpah dari kaki Gunung Jerai, Yan banjir

TIBA-TIBA musibah melanda penduduk di Yan, Kedah apabila air melimpah dari kaki Gunung Jerai dan membanjiri kawasan penempatan.

Visual dan video air yang turun dari Gunung Jerai ekoran hujan lebat hari ini dikongsi dan tular di media sosial Facebook.

Lebih membimbangkan, kepala air dikatakan berlaku dan mengancam nyawa penduduk sekitar.

Turut dikongsi ialah visual ikan-ikan puyu yang terdampar di darat kerana kemungkinan besar dibawa arus air.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga dan sahabat handai yang tingal di Yan khususnya dikawasan yang terjejas akibat banjir, didoakan mereka selamat. – SM


(Visited 320 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button