BanjirBencana alam

Hujan: Amaran bahaya di Terengganu, Pahang, Johor sehingga esok

JABATAN meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran bahaya hujan sangat lebat dan dijangka berterusan sehingga esok di Terengganu, Pahang dan Johor.

Lokasi yang dijangka mengalami hujan sangat lebat meliputi Kemaman, Terengganu dan Mersing, Johor.

Turut mengalami hujan sangat lebat di lapan daerah di Pahang iaitu Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu amaran cuaca buruk dikeluarkan bagi kawasan Dungun, Terengganu serta Segamat dan Kluang di Johor. Amaran cuaca buruk juga dijangka berlaku di Cameron Highlands, Lipis dan Bera. Kesemua kawasan amaran cuaca buruk akan mengalami hujan lebat berterusan sehingga 5 Januari.

Amaran waspada dikeluarkan bagi keseluruhan kawasan Kelantan dan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Marang. Kawasan terbabit dijangka akan mengalami hujan lebat sehingga 5 Januari.

Amaran waspada turut dikeluarkan bagi kawasan Perak yang meliputi Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualiam yang dijangka akan mengalami hujan lebat sehingga esok.

Amaran sama dikeluarkan bagi kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tingga dan Johor Baharu di Johor.

Turut dikeluarkan amaran sama adalah kawasan Pantai Barat, Sandakan dan Kudat di Sabah.-SM

(Visited 731 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button