Politik

Hanya BN Sahaja Ada Ciri-Ciri ‘WALI’ Untuk Disemarakkan Kepada Masyarakat & Negara!

Barisan Nasional (BN) memberi jaminan, calon yang bakal ditampilkan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, mempunyai ciri-ciri ‘wali’ yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ‘wali’ itu merujuk kepada boleh memenangi (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) yang berkaliber dan berdaya.

Katanya, sebarang tindakan mengeksploitasi paras rupa calon dengan keyakinan akan dapat undi dilihat merendah-rendahkan bangsa Johor.

“Amat mengejutkan apabila parti politik gabungan PN (Perikatan Nasional) boleh berfikiran kuno menjelang PRN Johor pada 12 Mac ini.

“Mengumumkan hanya akan menampilkan calon yang mempunyai tarikan fizikal dan rupa paras menarik.

“Rupa paras calon lelaki yang kacak dan calon wanita yang cantik dikatakan penting untuk dapat undi rakyat Johor.

“Seolah-olah menganggap begitu miskin kualiti pemikiran orang Johor dalam menilai calon berwibawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO, berkata pada masa sama, tanggapan itu juga seolah-olah mengajak rakyat Malaysia ke arah terkebelakang dalam nilai kehidupan mereka.

“Serendah itukah nilai politik Malaysia cuba diterap oleh lawan Barisan Nasional (BN)?

“Sejak sekian lama umat manusia dididik supaya tidak mendiskriminasi paras rupa, mereka melakukan sebaliknya.

“Calon BN mampu memberi perkhidmatan terbaik pada setiap masa dan tempat tanpa mengira kecantikan dan kehenseman mereka,” katanya.

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button