AgamaNasionalPendidikanpilihan

MoU antara KUIPs, Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia

KOLEJ Universiti Islam Perlis (KUIPs) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia (Al-Nidaa’) di Galeri Diraja Arau baru-baru ini.

Rektor, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle mewakili KUIPs manakala Al-Nidaa’ diwakili Pengerusinya, Ustaz Shofwan Badrie Ahmad Badrie.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyaksikan majlis bersejarah tersebut.

MoU ini merangkumi hubungan strategik dan kerjasama di antara kedua pihak seperti latihan, seminar dan kursus, perkongsian kepakaran dalam bidang pendidikan serta pelbagai kerjasama lain atas persetujuan pihak KUIPs dan juga Al-Nidaa’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyaksikan MoU antara wakil KUIPs (kanan) dan Al-Nidaa di Galeri DiRaja Arau.

Keistimewaan khas mungkin akan diberikan buat warga Al-Nidaa’ sama ada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysian(SPM) atau juga buat warga pendidik yang berhasrat menyambung pengajian dalam bidang-bidang yang ditawarkan di KUIPs.

Pemangku Raja Perlis yang juga merangkap Canselor KUIPs dan juga Penaung Al-Nidaa’ penuh yakin bahawa warga kepimpinan institusi pendidikan Al-Nidaa’ akan terus menitikberatkan elemen pembelajaran berteraskan sumber yang sahih serta terus konsisten atau istiqamah dalam menerapkan pemahaman khususnya kepada para pelajar sesuai dengan slogannya iaitu ‘Seruan ke arah memartabatkan al-Quran dan Sunnah’.

Baginda turut yakin penekanan kepada pegangan sunnah yang sahih dan menjauhi amalan syirik dan khurafat akan menghasilkan kesan positif kepada masyarakat kita pada masa akan datang.

Titah Baginda, ini juga mengambil semangat daripada tema Program Perkampungan Sunnah baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh 70 pelajar tingkatan empat Al-Nidaa’ dari Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin, Teluk Intan; Mutiara Integrated Secondary School, Hulu Langat; dan Maahad Tahfiz Mutiara, Kerteh. – SM

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button