Nasionalpilihan

HTCM nafi jangkitan tidak terkawal Covid-19 di dewan bedah

Pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa terdapat jangkitan tidak terkawal di hospital itu.

HCTM berkata, penularan Covid-19 di hospital itu terkawal dengan mengikuti rapat Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Pihak HCTM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merujuk kepada beberapa penularan mesej melalui media sosial yang menyatakan terdapat jangkitan Covid-19 yang tidak terkawal di Dewan Bedah.

“Ia berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure, SOP) terutamanya melibatkan pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment, PPE),” kata HCTM dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular beberapa dakwaan netizen bahawa HCTM kekurangan PPE di Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM.


Dalam pada itu, HCTM berkata, pihaknya sentiasa menggesa petugas kesihatannya agar sentiasa mengamalkan SOP yang ketat samada di tempat kerja mahupun ketika berada di tempat lain.

“HCTM sangat prihatin terhadap peningkatan kes Covid-19 di kalangan petugas kesihatan ini dan akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan kes COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan dari semasa ke semasa.

“Sehubungan dengan itu, penularan mesej melalui media sosial adalah tiada berkaitan dengan HCTM,” kata kenyataan itu lagi. -SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button