Luar Negara

Wanita menang saman doktor berjuta paun

Plaintif mendakwa kelahirannya tidak patut berlaku

SEORANG wanita, Evie Toombes, 20, berjaya memenangi tuntutan saman bernilai jutaan pound terhadap doktor kepada ibunya kerana membenarkan proses kelahirannya berlaku.

Toombes menderita penyakit spina bifida iaitu kecacatan tulang belakang, terpaksa menjalani rutin harian dengan bergantung hidup pada saluran tiub.

Plaintif mendakwa sekiranya doktor berkenaan, Philip Mitchell menasihati ibunya mengambil ubat asid folik bagi mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang terhadap bayi yang bakal dilahirkan, sudah tentu ibunya akan menangguhkan kehamilan tersebut.

Toombes mendakwa Dr. Mitchell gagal memberikan nasihat yang betul kepada ibunya ketika hamil.

Hakim Rosalind Coe QC dalam penghakimannya di Mahkamah Tinggi London memutuskan, ibu plaintif sepatutnya menerima nasihat yang betul supaya menangguhkan percubaan untuk mengandung.

“Dalam keadaan itu, anak yang dilahirkan sepatutnya sihat dan normal seperti bayi lain,” katanya yang memberikan hak ganti rugi yang besar kepada plaintif.

Peguam kepada Toombes berkata, jumlah ganti rugi yang sebenar belum diputuskan namun bekemungkinan jumlahnya besar kerana plaintif perlu menampung kos keperluan penjagaan sepanjang hayatnya.

Ibu kepada plaintif sebelum ini memberitahu mahkamah sekiranya Dr. Mitchell menasihatinya dengan betul, sudah tentu dia akan menangguhkah hasrat untuk mengandung.

“Saya dinasihatkan jika mempunyai diet yang baik sebelum ini, saya tidak perlu mengambil asid folik,” katanya kepada hakim.

Keputusan mahkamah itu sekaligus bermakna seorang professional di fasiliti kesihatan boleh dipertanggungjawabkan terhadap nasihat yang tidak betul sehingga mengakibatkan kelahiran bayi dengan keadaan kesihatan yang serius. – AGENSI – UTUSAN ONLINE – SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button