BeritaPolitik

`Earthquake’ menguntungkan PH – Shamsul Iskandar

Di sebalik kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di Tanjung Piai, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pula melihat ia suatu `earthquake’ yang menguntungkan kerajaan.

“Earthquake (gempa bumi) ini berlaku awal (setahun enam bulan PH berkuasa sejak 9 Mei 2018), kalau menghampiri pilihan raya umum (PRU-15) naya lah…maka ini (dalam tempoh tiga tahun ini) membolehkan kita (PH) memperbaiki kelemahan mana yang sepatutnya untuk rakyat,” kata Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu kepada Suara Merdeka hari ini.

PRK Parlimen Tanjung Piai Sabtu lepas merupakan PRK kali kesembilan yang juga PRK Parlimen keempat sejak PRU-14 pada 9 Mei 2018.

Daripada lapan PRK sejak PRU-14, lima dimenangi/dipertahankan oleh PH iaitu PRK DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia, DUN Balakong, Parlimen Port Dickson dan kerusi Parlimen Sandakan.

Dua PRK lagi iaitu Parlimen Cameron Highlands dan DUN Rantau dipertahankan oleh BN manakala satu lagi iaitu PRK DUN Semenyih berjaya dirampas kembali oleh BN.

Kekalahan PPBM di Tanjung Piai bermakna telah dua kali imej parti itu yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tercalar di tangan BN.

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button