
HoYo FEST 2025: Acara HoYoverse Paling Dinantikan Di Asia Tenggara Kembali Julai Ini!
Kuala Lumpur, 28 Mei 2025 – Raikan HoYo FEST yang akan kembali tahun ini bersama peminat Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail, dan Zenless Zone Zero!
Diadakan dari 24 hingga 27 Julai 2025, HoYo FEST menjemput peserta dan peminat dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam untuk meraikan permainan kegemaran mereka dari HoYoverse bagi mencipta kenangan yang sukar dilupakan.
Peminat HoYoverse Dijemput Hadir
Kini memasuki tahun kelima, acara utama HoYoverse di Asia Tenggara — yang semakin berkembang dari tahun ke tahun — akan dijalankan di enam bandar.
Peminat HoYoverse akan disajikan dengan pelbagai aktiviti selama empat hari, termasuk booth yang diinspirasi oleh permainan kegemaran masing-masing. Mereka juga berpeluang membawa pulang barangan percuma eksklusif Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail, dan Zenless Zone Zero, membeli barangan eksklusif HoYo FEST, menyertai cabutan bertuah, serta menikmati hasil karya peminat di Artist Alley HoYo FEST.
Menyokong Kreator dan Artis Peminat
Selepas diperkenalkan di Indonesia dan Vietnam pada HoYo FEST 2024, Artist Alley akan diperluaskan ke setiap lokasi HoYo FEST di seluruh Asia Tenggara tahun ini.
Lazim dianjurkan di konvensyen Animasi, Komik dan Permainan (ACG), Artist Alley ialah tempat di mana artis tempatan mempamer dan menjual karya mereka yang diinspirasi oleh ACG.
Di HoYo FEST 2025, peminat boleh mendapatkan barangan bertema HoYoverse daripada artis dan kreator tempatan kegemaran masing-masing. Ini merupakan kali pertama syarikat permainan membenarkan penjualan barangan ciptaan peminat di acara anjurannya sendiri di Asia Tenggara.
Selain itu, dengan Segmen Pentas baharu, Cosplayer, Kreator dan Artis Peminat boleh menonjolkan bakat mereka di pentas HoYo FEST. HoYoverse berbangga menyambut barisan kreator dan artis peminat yang diinspirasi oleh permainan HoYoverse untuk menampilkan bakat di Artist Alley dan juga di Pentas Utama. Senarai penuh kreator dan artis peminat yang akan diumumkan pada akhir bulan Jun.
Tiket Dijual Tidak Lama Lagi
Tiket untuk HoYo FEST akan mula dijual mulai 24 Jun 2025, jam 11:00 pagi (UTC+8) di laman web rasmi HoYo FEST di https://hoyo.link/wqjjLntrY
Peminat boleh memilih sama ada untuk membeli Pas Sehari, Pas Berbilang Hari atau Pas Segera. Pas Segera akan datang dengan pelbagai keistimewaan termasuk kemasukan awal, barangan percuma eksklusif dan akses keutamaan ke booth dan aktiviti HoYo FEST.
Perhimpunan Terunggul Untuk Peminat HoYoverse
Daripada barangan eksklusif sehinggalah pameran komuniti yang meriah, HoYo FEST 2025 merupakan acara utama untuk semua peminat HoYoverse berkumpul, berhubung dan meraikan kreativiti dan kecintaan mereka terhadap permainan. Kami tidak sabar menyambut kehadiran anda ke HoYo FEST pada bulan Julai ini.
Untuk maklumat penuh acara dan pembelian tiket, sila lawati laman web rasmi HoYo FEST 2025: https://hoyo.link/wqjjLntrY