Nasional

Kakitangan awam terima bantuan khas RM600

KERAJAAN bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen akan menerima bantuan sebanyak RM300.

“Kedua-dua bantuan ini akan dibayar pada awal 2021.

“Bantuan ini juga sebagai tanda menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam,” katanya dalam Dewan Rakyat menerusi pembentangan Bajet 2021.

Menurut Tengku Zafrul, kadar elaun sebanyak RM6 juga akan ditingkatkan kepada RM8 sejam untuk lebih 1,900 pegawai bomba bantuan mulai 2021.

Jelasnya, kerajaan juga memperkenalkan Skim Perlindungan Kemalangan Diri percuma sehingga RM100,000 kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi tahun 2021 dan 2022.

Tambahnya, pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara Kerajaan akan menerima pemberian one-off sebanyak RM500 kepada 40 ribu penerima. -SM

(Visited 515 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button