Nasional

Hotel lima bintang, berprestij Hotel Istana tamatkan operasi

SEBUAH hotel bertaraf lima bintang dan telah ditubuhkan sejak 29 tahun lalu mengambil keputusan menamatkan operasi pada September ini.

Penutupan Hotel Istana tidak dapat elakkan kerana tidak mampu menanggung kerugian operasi bulanan walaupun digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak COVID-19.

Berdasarkan sepucuk surat bertarikh 30 Jun 2021 yang ditandatangani pengurus besar hotel Noorazzudin Omar, pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi hotel berkenaan.

“Dengan rasa dukacita kami ingin memaklumkan keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021.”

Kenyataan itu turut menyebut bahawa pihak pengurusan Hotel Istana akan menawarkan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada para pekerja.


“Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada perniagaan, keuntungan dan bilangan pelanggan yang menghuni hotel tersebut. Pihak hotel akan menawarkan kepada pekerja-pekerja skim VSS.

“Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam masa terdekat,” katanya.

Hotel 23 tingkat dan 486 bilik yang siap dibina pada 1992 itu dimiliki Tradewinds Corp Berhad.-SM

 

(Visited 110 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button