Nasionalpilihan

Hotel kuarantin buat penduduk PPR, Perumahan Awam positif Covid-19

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan akan menyediakan Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) khas percuma bagi menempatkan warga Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pusat kuarantin itu adalah bagi mereka yang dijangkiti Covid-19 kategori 1 (tidak bergejala) dan kategori 2 (bergejala ringan)>

Jelasnya, PKRCS yang terlibat adalah Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay, International Youth Center, Bandar Tun Razak, Cheras, Tamu Hotel Kampong Bharu dan Hotel Travelodge City Centre, Kuala Lumpur.

“Inisiatif ini adalah kerana kita mendapati ramai keluarga dalam kalangan B40 di PPR dan PA DBKL mengalami kesukaran untuk menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing.

“Mereka (keluarga B40) mendiami rumah yang sempit dan sesak yang mana ianya tidak sesuai untuk menjalani kuarantin kendiri bahkan mereka juga tidak mampu untuk ke PKRCS berbayar,” katanya.


Menurut Annuar,  operasi memindahkan kira-kira 1,000 pesakit telah bermila semalam dengan kerjasama Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan beberapa agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan.

Ujarnya, pihaknya juga akan berusaha untuk menyediakan lebih banyak kemudahan pusat rawatan COVID-19 di Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan menghadapi masalah kuarantin kendiri

“Kita memutuskan untuk memindahkan dan menempatkan sebilangan mereka yang positif dalam kategori berkenaan ke beberapa hotel yang dikhususkan bagi mengelakkan jangkitan dalam kalangan keluarga.

“Kementerian sedang berusaha untuk menyediakan lebih banyak kemudahan pusat rawatan COVID-19 di Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan yang menghadapi masalah kuarantin kendiri,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap agar tindakan ini dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mengelakkan peningkatan kes positif yang berpunca daripada kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga. -SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button