Ekonomi

Hotel industri terjejas dalam PKP

INDUSTRI perhotelan di negara ini antara yang menerima impak paling buruk apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di enam negeri.

Negeri-negeri yang dimaksudkan adalah antara lokasi tumpuan pelancong dan juga korporat seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.

Pelaksanaan PKP di kawasan-kawasan tesebut sememangnya menjejaskan pendapatan pengusaha-pengusaha hotel terutama hotel bajet.

Oleh demikian, bagi mengelakkan lebih banyak hotel ‘gulung tikar’, kerajaan digesa menaikkan kadar dalam Program Subsidi Upah daripada RM600 kepada RM1,200 bagi tiga bulan pertama tahun ini.

“Di kawasan PKP Bersyarat (PKPB), kita masih boleh beroperasi. Tetapi dengan kemunculan kembali PKP, sudah tentu industri pelancongan terhimpit kembali.

“Kalau dua minggu, pengusaha masih boleh bertahan. Tetapi jika dilanjutkan, saya rasa ada yang akan tutup operasi.”

Demikian luahan Presiden Persatuan Hotel Bajet, Emmy Suraya Hussein, dipetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Kemarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pelaksanaan PKP di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Melaka, Johor dan Sabah.

Negeri tersebut didakwa berisiko berikutan mencatatkan kes harian Covid-19 yang tinggi berbanding negeri lain.

Malah, ketika pembentangan Belanjawan 2021 tahun lalu, kerajaan memaklumkan Program Subsidi Upah diteruskan bagi tahun ini dengan memperuntukkan perbelanjaan RM1.5 bilion yang akan memberi faedah kepada 70,000 majikan dan 900,000 pekerja.

Dalam pada itu, Emmy Suraya memaklumkan pihaknya belum mengenalpasti jumlah hotel terjejas, namun menjangkakan bakal menerima aduan mengenai PKP dalam masa terdekat.

“Kempen kami untuk menarik pelanggan datang ke hotel juga telah terjejas,” ujarnya. – SM

(Visited 442 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button