Ekonomi

Leon Fuat belanja RM5.26 juta pasang panel solar

Leon Fuat Berhad yang terlibat terutamanya di dalam perniagaan dagangan, pemprosesan dan produk keluli, telah mengorak langkah ke aras operasi pengeluaran dijana oleh tenaga lestari menerusi pelaburan dalam panel solar.

Sejumlah RM5.26 juta dilaburkan bagi panel solar sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian Kumpulan dan panel-panel ini akan dipasang berperingkat-peringat bergantung kepada kesiapsediaan tapak projek.

Pengarah Urusan Kumpulan Leon Fuat, Ooi Seng Khong berkata, mereka melihat langkah ini sebagai pelaburan yang baik bagi alam sekitar dalam jangka masa panjang bagi mengurangkan pelepasan karbon dioksida menerusi penggunaan tenaga solar boleh diperbaharui ini dan ia akan menurunkan kos penggunaan tenaga. Inisiatif ini akan membantu kami di dalam inisiatif pengurusan tenaga dan tenaga solar adalah mampan alam sekitar selain berkesan.

“Kami telah memantau penggunaan kedua-dua elektrik dan bahan api kami sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan maklum terhadap keperluan untuk mendapatkan sumber tenaga yang lebih mampan bagi operasi pemprosesan keluli kami. Panel solar photovoltaic (PV) yang dipasang itu akan memiliki kapasiti 2.1 juta kWh setahun, dan kami menjangka berjimat sebanyak 30% dalam penggunaan elektrik setahun apabila panel solar tersebut lengkap sepenuhnya,” katanya.

Untuk makluman, tiga daripada subsidiari Kumpulan itu terlibat di dalam pemprosesan keluli menggunakan sejumlah 4.9 juta kWh elektrik pada 2020, iaitu peningkatan 37.1% berbanding 2019.

“Kami akan terus membina kapasiti organisasi bagi memiliki masa hadapan mampan sambil menumpukan terhadap strategi menambah baik produktiviti menerusi amalan kelestarian dan memberi nilai kepada pemegang saham kami,” kata Ooi.

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button