Hiburan

Dalam masa dua bulan, Caprice terima 60 ugutan bunuh

SEMENJAK penyanyi bergenre hip hop, Caprice melancarkan misinya untuk masuk ke Gaza, Palestin, bermacam-macam persepsi diberikan.

Ada yang menyokong perjuangan ‘jihad’ seperti yang dimaklumkan Caprice dan ada juga yang keliru dengan apa yang cuba dilakukan penyanyi itu.

Namun, Caprice mendedahkan sejak dua bulan kebelakangan ini, dia telah menerima 60 ugutan bunuh.

“Ada ugutan bunuh, nak jumpa dengan pagar, nak pergi pejabat saya, nak ajak jumpa dan macam-macam lagi.

“Saya juga sudah dikawal dengan keselamatan 24 jam seminggu sejak sampai Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Caprice, perkara ini bukanlah sesuatu yang menyeronokkan dan boleh dibuat bahan gurauan.

Jelas penyanyi itu, dia bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja mengikut undang-undang.

Tambahnya, dia turut menegaskan kepada sesiapa pun supaya tidak mengugutnya kerana dia tidak akan berdiam diri.

Terdahulu, Sharnaaz dan Caprice berselisih faham sehingga menimbulkan kekecohan di media sosial.

Namun, kedua-dua mereka saling bermaafan atas apa yang berlaku. -SM

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button