Berita GajetEkonomiGajetUlasan

HONOR X9, HONOR X7 and HONOR MagicBook 16 kini secara rasminya berada di pasaran!

Sejak kebelakangan ini, HONOR menjadi bualan hangat di dada utama akhbar. Selepas pelancaran HONOR X9 5G dan X8, ramai di Malaysia menyambar dan memenuhkan bakul pembelian mereka dengan telefon pintar terbaharu HONOR.

Kini HONOR melangkah ke hadapan lagi dengan mengeluarkan dua model baharu, HONOR X9 dan HONOR X7. Peminat digesa mendapatkannya dengan jaminan tambahan 1 tahun bernilai sehingga RM109.

Selain itu, HONOR X7 juga boleh didapati pada hanya RM1 dengan melanggani pelan Pascabayar Maxis 98.

Apa kelebihan yang ada pada telefon pintar dan komputer riba ini? Mari kita lihat keistimewaan peranti-peranti ini.

HONOR X9

Kamera Quad untuk Fotografi dan Video yang Tiada Tandingan Menampilkan kualiti kamera yang hebat dengan Kamera Quad 64MP dan Kamera Sudut Lebar 8MP, Kamera Bokeh 2MP, Kamera Makro 2MP dan LED Flash, HONOR X9 mampu menghasilkan imej yang mengagumkan dengan kualiti hebat, selain menyokong rakaman video 1080p untuk resolusi 1920×1080.

HONOR X9 hadir dengan HONOR SuperCharge 66W dan dilengkapi dengan bateri tahan lama 4800mAh untuk keseronokan bermain game sepanjang hari.

Pengalaman bermain game seakan nyata ini menjadi lebih baik dengan Paparan FullView HONOR 6.81 inci dan kadar segar semula 90Hz yang selesa.

HONOR X9 – dikuasakan oleh pemproses Qualcomm® Snapdragon® 680 dengan HONOR RAM Turbo – kini boleh didapati dengan pilihan warna Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black pada harga mampu milik RM1,099.

HONOR X7

Prestasi Bateri Luar Biasa untuk Jangka Hayat yang Lama Dilengkapi dengan bateri besar ultra 5000mAh yang membolehkan strim video dalam talian selama 20 jam untuk sekali pengecasan, peminat pastinya diyakini dengan hubungan pada jangka masa lama HONOR X7.

Menampilkan Pengecasan Pantas Berwayar 22.5W yang boleh mengecas peranti dengan pantas, keseronokan
pastinya tidak akan terhenti begitu sahaja. Dilengkapi dengan LCD FullView HONOR 6.74 inci, kadar segar semula 90Hz dan nisbah skrin ke badan 90.07%, gabungan ini memberikan kepuasan pemandangan yang sempurna dan realistik.

Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm® Snapdragon® 680 dan RAM Turbo HONOR, peminat boleh menjangkakan latar belakang aplikasinya dimampatkan dengan fokus utamanya untuk memastikan fungsi RAM berada tahap maksimum.

HONOR X7 tampil dengan bateri tahan lama untuk produktiviti sepanjang hari, padamasa sama menawarkan pengalaman hiburan yang mengasyikkan pada harga mampu milik RM699. HONOR X7 didapati dengan warna Titanium Silver dan Ocean Blue.

HONOR MagicBook 16

Rekaan Anggun dengan Kuasa Tanpa Batas HONOR sentiasa memegang reputasinya dengan menghasilkan komputer riba yang bergaya tanpa mengabaikan prestasi.

Menampilkan rekaan anggun, HONOR MagicBook memiliki paparan anti silau IPS 16.1 inci untuk keseronokan yang lengkap pada situasi sedang bekerja atau berhibur.

HONOR MagicBook16 dilengkapi dengan tanda perniagaan sendiri iaitu Sijil Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland untuk melindungi mata daripada kesan bahaya cahaya biru sekali gus memberi pengalaman pemandangan yang selesa.

Ia disempurnakan lagi dengan Pemproses AMD Ryzen™ 7 5800H yang meningkatkan prestasi sehingga 26% berbanding generasi sebelumnya, dengan sistem penyejukan pintar yang lebih baik.

Prestasi grafik juga dipertingkatkan sehingga 15%, menjadikannya sesuai untuk bermain game dan memproses fail-fail multimedia berat, termasuk gambar, video dan perisian suntingan.

HONOR MagicBook 16 boleh didapati pada versi 16GB + 512 GB dengan warna Space Grey. Lebih menarik,

HONOR MagicBook 16 juga boleh didapati serendah RM5.88 sehari dengan pelan bayaran ansuran 24 bulan dan 0% faedah serta hadiah percuma bernilai sehingga RM936 termasuk Microsoft Office Personal 360, tetikus tanpa wayar, beg galas komputer riba dan penjagaan bateri selama 1 tahun.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Pelan ansuran tanpa faedah tersedia untuk bank terpilih sahaja. Sila semak dengan kedai atau bank anda secara langsung tentang ketersediaan pelan ansuran serta terma dan syarat lain yang berkenaan.

Menjelang Hari Raya, inilah masa paling sesuai untuk mendapatkan telefon pintar dan komputer riba terbaharu HONOR. Untuk status kemas kini rasmi, terus bersama kami di laman sesawang rasmi HONOR https://bit.ly/HONORXpr dan Facebook HONOR Malaysia.

(Visited 555 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button