NasionalPolitik

Tiga pemimpin tertinggi BN selesai menghadap Agong

SELEPAS kira-kira 40 minit tiga pemimpin tinggi Barisan Nasional (BN) menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini, ketiga-tiga mereka dilihat meninggalkan Istana Negara selepas sembah menghadap dengan Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meninggalkan Istana Negara kira-kira pukul 11.23 tadi.

Semalam, melalui satu kenyataan Istana Negara memberitahu, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menitahkan kesemua 30 Ahli Parlimen sembah menghadap baginda pagi ini.

Terdahulu, ketiga-tiga pemimpin BN itu tiba di Istana Negara sekitar pukul 10.40 pagi, manakala Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) tiba sejurus kemudian.

Pada Sabtu lalu, Pengerusi GPS Abang Johari Openg berkata, gabungan itu bersedia membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN), BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, selepas BN menafikan bersetuju menubuhkan kerajaan, GPS berkata, mereka menyerahkan kepada kebijaksanaan Tuanku Baginda untuk memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat. – SM

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button