Auto Travel

Honda RS-X Repsol edisi terhad 5,000unit sahaja

BOON Siew Honda telah mengumumkan versi ikonik Repsol sebagai edisi terhad untuk Honda RS-X.

Sejak dilancarkan pada November 2021, RS-X telah mendapat sambutan yang menakjubkan oleh rakyat Malaysia yang menghargai kombinasi gaya sporty, prestasi unggul dan ciri-ciri termaju.

Untuk tahun 2022, RS-X akan menyerlahkan lagi intipati Super Sportsnya dengan livery Repsol, memberikan penunggang bukan sahaja prestasi terbaik malah penampilan sporty yang tiada tandingan.

Dengan gayanya yang sporty, RS-X diberi penekanan terhadap ‘full cowl appearance’ yang direka secara aerodinamik, muka hadapan yang agresif dengan dwi-lampu LED dan ‘sleek super slim tail’.


Baca artikel ini > Honda Lancarkan RS150R 2022 dengan Warna dan Jalur Baharu

Pada bahagian mekanikalnya, enjin RS-X dikuasakan oleh DOHC penyejuk cecair 150cc dengan mematuhi piawaian EURO4 yang digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan. RS-Xmampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8 kW @9,000rpm dan tork maksimum 13.6Nm @7,000 rpm.

Dilengkapi ciri-ciri berteknologi terkini seperti Anti-lock Braking System (ABS), pemacu rantai bertutup dan Speedometer Digital penuh yang memaparkan maklumat, RS-X versi Repsol juga mampu memberi pengalaman menunggang yang lebih selamat dan santai.

Honda RS-X Edisi Repsol lebih bergaya jika dipadankan dengan > Klik sini

Hanya 5,000unit Honda RS-X Edisi Repsol akan ditawarkan kepada orang ramai. Pilihan warna yang sedia ada masih terus tersedia.

Harga Honda RS-X Edisi Terhad Repsol yang diumumkan adalah RM 9,948 tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu).

Baca artikel ini > Kemas kini dan ciri baharu Honda CB500X dan CBR500R 2022

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda RS-X Edisi Terhad Repsol, pelanggan boleh mengunjungi pengedar Honda atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993 atau melayari www.boonsiewhonda.com.my. – SM

Kredit: EnjinDotCom

 

(Visited 70 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button