EkonomiHiburan

RM160 Juta untuk Penggiat Seni dan pengecualian duti hiburan persembahan artis tempatan

Menerusi Belanjawan 2024 kerajaan mengumumkan manfaat bagi para penggiat seni tanah air antaranya kerajaan memperuntukan sebanyak RM160 juta selain memperkenalkan pengecualian duti hiburan bagi artis tempatan.

Bagi penggiat filem sebanyak RM60 juta Dana Kandungan Digital untuk mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata sebanyak RM90 juta Inisiatif Filem In Malaysia Incentive (FIMI) bakal diberikan untuk menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa serta RM10 Juta Skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif.

sebanyak RM90 juta Inisiatif Filem In Malaysia Incentive (FIMI)

Kerajaan juga bercadang memberikan pengecualian duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan, pengurangan kepada 5% termaksud taman tema, pusat rekreasi keluarga, pesta permainan ‘indoor dan simulator di Wilayah Persekutuan.

Selain itu kadar cukai pendapatan khas sehingga 10% kepada syarikat produksi filem, pelakon file masing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di negara ini.

Cukai hiburan persembahan pentas artis antarabangsa juga dikurangkan sebanyak 10%.

Sementara itu, kerajaan berhasrat menganjurkan Anugerah Seni Negara (ASN) secara tahunan sebagai penghargaan dan pengiktirafan tahap tertinggi kepada tokoh-tokoh dan penggiat seni budaya dan warisan tempatan.

Artikle Berkaitan :>

Belanjawan MADANI memastikan kesejahteraan rakyat-Altimet

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button