Politik

Jentera perlu yakinkan pengundi pilih calon Perikatan Nasional

 

Wartawan Suara Merdeka

MUAR 4 Mac – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah meminta semua jentera Perikatan
Nasional (PN) untuk turun berjumpa pengundi bagi menerangkan perbezaan antara PN dan Barisan Nasional
(BN).

Menurutnya, ketika ini ramai antara pengundi masih tidak dapat membezakan antara PN dan BN ketika kempen
bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berbaki sembilan hari sebelum rakyat Johor keluar mengundi pada 12
Mac ini.

Beliau berkata, ada pengundi tahu Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) dan mengenali beliau sebelum ini adalah Perdana Menteri.

“Namun saya ada berjumpa pengundi bila sebut PN mereka menggangukkan kepala tapi ada sebut ‘kini dulu dan
selamanya’.

“Saya terdiam dan terpaksa terangkan slogan itu bukan buat PN tetapi BN. Itu sebab saya minta jentera
parti terangkan betul-betul PN dan bagi mereka faham supaya apabila turun keluar mengundi pilih PN
sahaja,” ujarnya.

Beliau berucap pada majlis ceramah di Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) Simpang Jeram di sini malam
tadi yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon PN bagi kerusi
DUN Simpang Jeram, Ustaz Zarul Salleh.

Saifuddin yang juga Menteri Luar Negeri berkata, setakat ini hasil pemantauan di beberapa buah DUN
mendapati semangat dalam kalangan jentera parti PN begitu bersemangat bertungkus lumus dalam gerak kerja
mendekati pengundi.

Menurutnya, semangat itu harus dikekalkan sehingga hari mengundi pada 12 Mac ini dalam usaha untuk PN
menang dalam PRN ini bagi membentuk kerajaan negeri.

“Kekuatan PN bukan hanya terletak ada calon semata-mata tetapi sebaliknya gerak jentera yang agresif
paling utama.

“Tempoh yang ada ini harus digunakan sebaik mungkin untuk bertemu dengan pengundi serta menyakinkan mereka
untuk mengundi PN,” ujarnya.

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button