Nasional

Resipi kejayaan individu berilmu dan beramal – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, salah satu resepi kejayaan diri seseorang individu itu bermula daripada penguasaan ilmu dan pengamalannya.

 

Titah baginda, ilmu itu perlu dicari, digali, dikuasai dan diamalkan oleh sesiapa saja terutamanya golongan pelajar ataupun remaja yang wajib diterapkan secara istiqomah.

Baginda bertitah, pada masa yang sama juga pihak berwajib turut bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung dalam menyemai serta menyuburkan ilmu-ilmu dunia dan akhirat perlu lebih komited, kreatif dan inovatif lagi dalam memajukan sektor pendidikan.

“Langkah ini perlu agar semua lapisan tiada yang dipinggirkan demi kejayaan negeri dan negara kita pada masa hadapan,” titah baginda.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menutup program ‘Explorace 2022 – Program Transformasi Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis’ di Dewan Orangramai, Dataran Semarak, Kuala Perlis.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini mendapat kerjasama daripada Unit DYTM Tuanku Raja Muda di Pejabat Setiausaha Sulit DYMM Tuanku Raja Perlis dan juga kepimpinan masyarakat setempat.

Pertandingan ini disertai 120 pelajar di bawah Pertubuhan Kebajian Al-Nidaa’ Malaysia dan juga Pertubuhan Al-Khaadem Malaysia yang mewakili Wlayah Persekutuan, Perak, Selangor dan Terengganu.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Bebas ReGen Rehab Hospital, Dato’ Dr Zaininah Mohd Zain serta kepimpinan kedua-dua pertubuhan terbabit.

Sebelum itu, Mohd Nazim dalam ucapan memaklumkan bahawa penganjuran pada kali ini amat bermakna sekali.

“Syabas diucapkan kerana berjaya melibatkan sepenuhnya pengendalian oleh pihak pemimpin dan seluruh lapisan masyarakat yang terlibat dalam Program Transformasi Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis,” katanya.

Mohd Nazim berkata, ia boleh dijadikan satu lagi produk pelancongan baru istimewa yang boleh ditonjolkan lagi di negeri ini khususnya menerusi program ‘Team Building’. – SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button