Auto TravelBerita Auto

Honda CB250R baharu lebih menyerlah

BOON Siew Honda telah memperkenalkan CB250R baharu. Jentera ‘Neo Sports Café’ ini kali terakhir dikemas kini pada 2019 dan telah terkenal dengan daya tarikannya sebagai jentera pemulaan yang dirangsang gaya motosikal besar.

Sejak diperkenalkan, motosikal ini mudah mendapat perhatian daripada khalayak ramai.

Dari tempat duduknya, paparan LCD Honda CB250R baharu memberikan pandangan moden dengan penunjuk kedudukan gear yang jelas dan mudah dilihat.

Lampu hadapannya bulat beserta LED penuh diikuti lampu dwi-bar memberikan penunggang rupa hadapan yang rugged.


Suspensi hadapan dinaik taraf dengan fork suspensi depan terbalik 41mm Showa Separate Fork Function Big Piston (SFF-BP). Penggunaan fork 41mm Showa Separate Function BigPiston (SFF-BP) USD iaitu suspensi berkualiti tinggi meningkatkan lagi kemampuan pengendalian motosikal.

Perendam pemisahan tekanan dalam satu tabung fork dan mekanisme spring untuk satu lagi bahagian menawarkan prestasi perendam tinggi danmenjadikan berat motosikal berkurangan. Suspensi belakang menawarkan pelarasan spring5 langkah.

CB250R dikuasakan oleh DOHC silinder tunggal, enjin empat injap dengan sistem gear enam kelajuan. Motosikal ini didatangkan dengan slipper clutch untuk memberi kawalan yang lancar apabila menukar gear rendah semasa menunggang.

Salah satu ciri yang diberi perhatian pada motosikal ini ialah ABS dua saluran yangdiuruskan secara dinamik oleh system Inertial Measurement Unit (IMU) untuk memastikan daya brek diagihkan sama rata antara roda hadapan dan belakang, meminimumkan lonjakan roda belakang, memberikan penunggang penuh keyakinan ketika menunggangdi jalan raya.

Honda CB250R boleh didapati dalam dua pilihan warna, iaitu Mat Gun Powder Black Metallic dan Candy Chromosphere Red. – SM

Kredit: EnjinDotCom

Artikel berkaitan > Boon Siew Honda memperkenalkan model X-ADV baru kepada peminat motosikal di Malaysia

(Visited 987 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button