Pembaca

Pari hancing hanya Mitos

Sehingga ke hari ini masih ada lagi kalangan orang melayu masih percaya kepada teori pari betina datang bulan.

Perkongsian dari Asmah Chem melalui media sosialnya berkata, pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium oleh sebab itu pari tidak mungkin akan terlibat dengan kitaran haid yang telah digembar gemburkan seperti mana kepercayaan orang-orang dahulu.

Spesis pari ini bertelur dan anaknya menetas di dalam badan, selepas menetas anak tersebut akan dikeluarkan dari badan pari betina, jenis reproduksi dinamakan ovovivarpar.

Salah satu ciri pari segar

Dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMOA) yang berfungsi untuk menstabilkan protein apabila kepekatan urea tinggi.

Apabila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptide protein terurai kepada cynate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia. Ammnonia inilah yang berbau hancing!

Semakin lama kematian berlaku, Bau hancing semakin kuat, lebih-lebih lagi dalam organ pari.

‘’Saya dah berniaga pari hampir hampir 8 tahun, tapi tak pernah terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ianya segar.

‘’Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti mempercayai mitos yang bertentangan dgn ilmu sains’’. Jelasnya.

Tips memilih pari segar, pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.

Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua.

Masak asam pendas pun sedap!.

Artikle Berkaitan :>

 

Melayu tak peduli haram, mungkin akan cuba hidangan ‘babi masak asam pedas’!

Wanita maut selepas makan ikan sardin diawet sendiri di restoran

 

 

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button