KesihatanNasionalPenyakit

Nilai Rt turun: Terlalu awal lepasi kemuncak jangkitan Omicron

KADAR kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara berada pada tahap 1.05 semalam, menurun 0.03 berbanding 1.08 yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun nilainya terus menurun namun masih terlalu awal untuk menyatakan Malaysia telah melepasi kemuncak jangkitan varian Omicron.

“Jika trend ini berterusan, ia akan diikuti dengan pembukaan sepenuhnya sempadan dan kelonggaran langkah-langkah domestik yang lain,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di media sosialnya berkata, Perak merekodkan nilai Rt tertinggi, iaitu 1.32, diikuti Labuan (1.27), Sarawak (1.24) dan Terengganu (1.22).

Sebanyak 24,466 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam, dengan hanya 105 kes termasuk dalam Kategori 3, 4 dan 5, manakala 24,361 kes dalam Kategori 1 dan 2.

“Rt harian kita terus menurun kepada 1.05. Terlalu awal untuk menyatakan kita telah melepasi kemuncak jangkitan (varian) Omicron. Sebanyak 96% kes aktif pulih di rumah dan kapasiti hospital adalah terkawal,” katanya. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button