BeritaNasional

Seorang lagi positif koronavirus, jadikan jumlah keseluruhan 16 kes

SEORANG wanita warga China dari Wuhan disahkan individu terbaharu positif kluster Novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV), menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 16 kes.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pelancong berumur 67 tahun itu merupakan ibu kepada kawan wanita yang disahkan positif koronavirus pada 6 Februari lepas.

“Mengambil kira kes terbaharu ini adalah kontak rapat kepada kes berkenaan, beliau telah diarahkan untuk tidak ke mana-mana bagi menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan.

“Selepas ujian pengesanan dan pengesahan dibuat dan dilaporkan positif pada 7 Februari, wanita itu telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan berada dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini koronavirus di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, ini menjadikan jumlah individu yang disahkan positif koronavirus di Malaysia adalah sebanyak 16 orang, yang terdiri daripada 12 warga China dan empat tempatan.

— BERNAMA

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button